Kumpulan Dongeng Anak Indonesia
fermiwords

Kumpulan Dongeng Anak Indonesia

1 MASYARAKAT MALAYSIA KETURUNAN SIAM Asal-usul Orang Siam Secara Ringkas Semua penulis yang diketemui mengatakan bahawa orang Siam berasal dari kawasan Asia Tengah yang membentuk Negara Mongolia dan Cina hari ini.Phrarajphongsawadarn oleh Phrarajhatlekha (TB 2455 : TM 1912) dan Phongsawadarnchatthai oleh Phra Boriharnthepthani (TB 2511 : TM 1968) dan Sejarah Asia Tenggara (1971) oleh D.G.E.Halll sepakat mengisahkan perihal tanah asal orang Siam di Asia Tengah.

Dipercayai bahawa sekitar 7,000 tahun dahulu mereka mendiami kawasan pergunungan Altai (Mongolia) dan sekitar 2,500 tahun kemudian berkembang hijrah ke selatan yang lebih subur dan membina penempatan kekal di lembangan sungai Hoang Ho dan Yang Tze Kiang kerana selain sebagai penternak nomad, mereka juga petani berkebolehan.Penempatan kekal telah mewujudkan puluhan negara kota orang-orang Siam seperti Sze Chuan, Cheong Tu, Hu Pe, Hu Nan, Auhui di wilayah Sze Chuan dan Kwong Chao di negara China hari ini.

Sama ada disebabkan bilangan penduduk semakin ramai atau pergolakan sesama sendiri dan tekanan orang cina dalam rentetan sejarah yang panjang, orang Siam mulai bergerak turun ke selatan dari penempatan besar di Chungking.

Orang Cina sebelum ini hidup secara nomad mulai membina kekuasaan dan menekan pengaruh ke atas orang Siam.Pada beberapa peringkat dengan diketuai oleh raja-raja mereka, orang Siam dapat mempertahankan diri dan memperlahankan penghijrahan mereka ke Selatan.

Orang Cina, menggelar nama kerajaan mereka sebagai 'Syamkok' atau Ailao.Dari nama ini barangkali kita mengenali orang Siam atau Lao.Sekitar TM 757, Kerajaan Siam Nanchao di wilayah Yunan, selatan China telah wujud sebagai sebuah empayar yang luas hingga ke Shan dan hulu sungai Irrawadi.Sedang lembah Menam Chao Phraya masih di bawah pengaruh Khmer mulai dida1angi oleh beberapa gerombolan Siam dari Muang Se, Tong King dan Annam.Mereka berhijrah ke lembangan Mekong dan menjadi penduduk tetap Angkor Wat.Pada abad-abad seterusnya, lembangan sungai Ping, Wang, Yom, dan Nan mulai menerima pendudukkan Siam.Beberapa kerajaan kecil yang merdeka wujud dan Phayao, salah sebuah wilayah di Thailand hari ini telah wujud semenjak TM 1096, diikuti dengan negeri kota di Chiengrai, Chiengsen, Chiengmai (Empayar Lannathai), Sua (Luang Prabang) dan lain-lain.

Penaklukan ke atas Nanchao oleh Kublai Khan (TM 1253) telah merubah taburan penempatan orang Siam di kerajaan kecil di Selatan.

Sukhothai (wujud sejak TM 1238) dan Luang Prabang di lembah sungai U mulai berkembang membentuk empayar Lanchang (TM 1353), walaupun akhirnya Sukhothai lebih dikenali.Kehancuran Nancao turut mengecilkan perkembangan kerajaan Siam Ahom di Assam (India) tetapi menyemarakkan perkembangan mereka di Sipsong Panna dan Sipsong Chuthai.Sukhothai dianggap mencapai zaman keemasan semasa pemerintah Rama Khamheng (TM 1283 - 1317) dan orang Siam mengingatinya sebagai pengasas huruf tulisan bangsa ini.Perluasan empayar Sukhothai dipercayai hingga ke Hujung Tanah (Johor - Singapura) walaupun tidak ada bukti kukuh.

Namun begitu, kerajaan Lavo, Khamphenghet hingga ke Chaiya (piung Srivijaya) dan Ligor di Segenting Kra dianggap sebagai sebahagian daripada empayar tersebut.

2 Sewaktu Sukhothai meniti zaman kemerosotan, raja U Thong (nama kerajaan) membina kota baru 'Dvaravati Sri Ayudhya' di sebuah pulau di sungai Chao Phraya.Di sebelah Luong Prabang pula, Fa Ngum berusaha membina empayar Sejuta Gajah (Lan Cang) (TM 1353).Empayar Siam Ayudhya (TM 1350 - TM 1767) Kota Ayudhya berkembang pesat dan mulai dikenali sebagai 'Kota Siam' di kalangan sekitar dan Barat.Pengaruhnya jauh ke selatan mengambil alih peranan Sukhothai, kerajaan Siam di Perak (Gangga Negara), Johor (Khlangkeo) dan Pahang (Inderapura) tentulah mempunyai kaitan rapat dengan Ayudhya.

Sejarah Melayu (TM 1612) karangan Tun Seri Lanang menyebut bahawa negeri Genggayu (Khlangkeo) dibina olah orang Siam asli terletak di hulu sungai Johor.

Kotanya diperbuat daripada batu hitam dan pemerintahnya, Raja Chulan sebagai raja besar, segala raja di sebelah timur ini bolah dikatakan kesemuanya takluk kepada baginda.Kerajaan Siam Gangga Negara dan Khlangkeo telah ditakluki oleh Raja Benua Hindi dan kerajaannya di Pahang telah ditewaskan oleh Melaka dan rajanya, Maharaja Dewa Sura menjadi tawanan.Walaupun gagal memberikan tarikh sebagai suatu fakta sejarah, Tun Seri Lanang menegaskan bahawa Ganggayu ialah negeri Siam asli dan kotanya masih wujud semasa beliau menyiapkan buku tersebut.Buku undang-undang Siam Kot Monthienraban (TM 1360) menyebut satu negeri Kota sebagai kerajaan taklukan Siam, dikenali sebagai Wurawari terletak di Johor Tua Ganggayu/ Khlangkeo.Para pengkaji sejarah hanya berbeza pendapat tentang nama kerajaan tersebut tetapi tidak menafikan tentang kewujudan kerajaan Siam asli di Johor.

Ini membuktikan bahawa orang Siam telah lama berada di Semenanjung Tanah Melayu, menjalani kehidupan berkerajaan secara aman dan perang dengan pihak lain, terutama Melaka yang kian muncul sebagai kuasa baru.Kehidupan mereka juga bercampur baur dengan Melayu lain seperti Patani, Kelantan, Kedah dan lain-lain sama ada di bawah pengaruh Ayudhya atau tidak.Zaman Bangkok (TM 1767 - TM 1909) Ayudhya, kota besar dengan penduduk hampir sejuta jiwa itu telah di bumi hanguskan oleh tentera Burma (TM 1767) itu tidak mampu di bangun semula oleh Phya Taksin maupun Chakri (Thongduang).Dari Chanthaburi, kemudiannya Thonburi, saki baki tentera Ayudhya melancarkan perang gerila hingga tentera Burma berundur 10 tahun kemudian.Kejatuhan Ayudhya meninggalkan kesan amat parah kepada Siam.

Kemusnahannya dahsyat dan Siam kehilangan kuasa pusat.

Kerajaan naungan dan jajahan mula berdiri bebas.Usaha penyatuan semula oleh Phya Taksin memakan korban bukan sedikit.Pengiktirafan ke atas karismanya dan kecekapan menyusun strategi ketenteraan dalam siri peperangan penyatuan semula Siam membolehkan wilayah Ayudhya yang telah mengisytiharkan kemerdekaan atau sebagai kerajaan pusat ganti Ayudhya ditewaskan satu persatu; Negeri Fang di Utara, Phimai di Karat don Nakhon Si Thammarat di Selatan.Siam di Semenanjung Tanah Melayu Kerajaan Siam zaman Rattanakosin (Bangkok) memperlihatkan pengaruh lebih jelas ke atas negeri Melayu di Selatan: Pattani, Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu
kumpulan dongeng anak indonesia
.Penghantaran bunga emas, setiap dua atau tiga tahun sekali ke Bangkok sebagai

3 tanda persahabatan dan kesetiaan.Bahkan perlantikan seseorang raja di negeri tersebut (kecuali Terengganu) harus disahkan oleh 'Maharaja Benua Siam'.

Surat pengesahan dengan gelaran tertentu bersama alat kebesaran lain akan diberikan oleh Bangkok.Contohnya, setiap raja/ Sultan Kedah akan bergelar Phya Rithisongkramramphakdi Sri Sultan Kedah Ratnarathmunintrasurinthra Wiwongsa, Phya Saiburi dan Raja Perlis pula Phya Visedsongkram Ramwillismara Phya Polis.Sultan Kelantan sebagai Phya Phipidphakdi Sri Sultan Phya Kalantan.Terdapat beberapa pegawai Siam ditempatkan di beberapa negeri tersebut dan bagi rakyat jelata Siam, negeri-negeri Melayu ini adalah negeri mereka juga.Mereka datang dalam bentuk kumpulan petani mencari kawasan subur untuk menetap dan diterokai sebagai kawasan pertanian.Sebagai rakyat biasa mereka tidak tertarik dengan urusan politik atau 'kerja raja-raja' walaupun kita pernah juga mendengar beberapa penglibatan penduduk Siam ini dalam perang saudara di Kelantan.Serangan tentera Phya Taksin ke atas Nakon Si Thammarat dua tahun selepas Phya Nakon (Hnu) mengisytiharkan kerajaan mereka (TM 1770) memungkinkan rakyat jelata Siam melarikan diri ke negeri Selatan dan terus menetap di sana.Hidup di bawah perlindungan raja-raja Melayu.Ada yang mendapat sedikit sebanyak kedudukan atau kurniaan.Umpamanya Tok Merah Chu Ding dijadikan Ketua Siam di Besut oleh Tengku Muda, Raja Besut (Terengganu) dengan gelaran Tok Helang Merah.Kerajaan Siam zaman Bangkok menyaksikan tekanan perluasan kolonialisme Barat dari segenap penjuru sempadannya.Siam mula kehilangan wilayahnya; Sipsong Panna, Sipsong Chuthai, Siamrap, Batthabong kepada Peranchis.

Kok Song di Tenaserim, kepada Inggeris dan TM 1909, melalui Perjanjian Bangkok, Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris.

Namun rakyat jelata Siam terus menetap di negeri naungan British ini walaupun ada cerita lisan mengatakan hampir semua keluarga Siam di Bukit Tempurong, Besut pulang ke wilayah Narathiwat, antara TM 1912

1915.Masyarakat Siam Malaysia Hari Ini Dewan Negara yang bersidang pada 3 Disember 2001 dimaklumkan bahawa terdapat seramai 50,211 orang penduduk keturunan Siam di negara ini.38,353 orang merupakan warganegara Malaysia dan Laporan Banci Penduduk dan Perumahan (1991) mendapati jumlahnya 36,184 orang .Dari laporan tersebut didapati orang Siam mendiami negeri bersempadan dengan Thailand, iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak.Pulau Pinang walaupun agak jauh sedikit tetapi kedudukannya sebagai zon perindustrian menarik minat penghijrahan mereka di samping terdapat penduduk Siam yang tetap, sama ada dari Kedah atau Thailand.Secara umumnya mereka merupakan penduduk luar bandar, terutama di daerah Pendang, Baling, Padang Terap, Kubang Pasu dan Sik (Kedah), Tumpat dan Pasir Mas (Kelantan) serta Pengkalan Hulu (Perak).

Kehidupan budayanya tidak banyak berbeza dengan saudara mara di Thailand (Selatan).Hampir keseluruhannya beragama Buddha, dilambangkan oleh biara (wat) dan para bikkhunya yang memakai jubah serba kuning dengan kepala digondolkan sebagaimana bikkhu pertamanya; Putera Sidharthak, pengasas agama

4 ini dari Kabilavasthu (India-Nepal).Bangunan wat yang unik dengan ukiran seni tampak Siam merupakan satu citra/ imej tersendiri.

Rupa bentuk ini perlu terus dipelihara dengan beberapa penyesuaian, mungkin reka bentuk tempatan, tulisan rumi dan bahasa Melayu.

Dari aspek 'pelancongan - budaya' (cultural tourism) orang Siam boleh dikenali daripada dialek bahasa (dialek Thai Ligor atau Che' He), pakaian, seni persembahan, beberapa simbol di sekitar kawasan kediaman - 'Kathiau' perkuburan atau 'bua', perayaan dan amalan adat.Seni persembahan yang masih diwarisi ialah menora, wayang gedek (nang talung), ram klongjau dan ramvong.

Seni ini sering diperagakan sempena perayaan atau pesta tertentu - Loy Krathong, perasmian bangunan tertentu di wat-wat, sambutan kepada para tetamu/ pembesar, majlis perkahwinan atau di perayaan tahun baru; "Songkran".Pada kesempatan kali ini, eloklah diperkenalkan dengan satu sahaja warisan budaya masyarakat Siam; Songkran.DONGENG SONGKRAN

(Berdasarkan catatan batu bersurat di Wat Phrachetuphun).

Perkataan 'Songkran' bermakna 'berubah tempat' atau 'beralih'.Ini merujuk kepada peralihan paksi matahari ke arah kelompok 'bintang biri-biri' sebagai permulaan tahun baru.Melibatkan tiga hari-hari pertama; matahari memasuki kawasan bintang biri-biri, hari kedua; hari 'Nau' dan hari ketiga; permulaan tahun saka.Jika disesuaikan dengan tahun Masehi akan jatuh pada 13-15 April setiap tahun.Dongeng dimulakan dengan seorang pemuda bernama Thammabalkumara, anak nazar seorang hartawan.Pemuda ini merupakan pendeta terpintar dan banyak menabur bakti sehingga dicemburui oleh dewata Thaukabilabrahma yang mencabarnya menyelesaikan satu teka teki; 1 .

Waktu pagi - serinya di mana? 2.

Waktu tengah hari - serinya di mana? 3.

Waktu petang - serinya di mana? Pertaruhan ialah kepala masing-masing dan tempohnya cuma 7 hari.

Enam hari sudah berlalu, pendeta muda masih gagal mencari jawapannya tetapi sayangkan nyawa dan tidak bersedia dipenggal.Jalan keluar, melarikan diri.Tertidur di bawah teduhan pokok kelapa laut (tal/tar).Di atas dahan, sepasang helang sedang bicara tentang nikmatnya daging manusia muda yang bakal dibunuh besok.Helang jantan memberi jawapan teka-teki tersebut apabila didesak oleh isterinya dan keesokannya, dengan penuh yakin di hadapan dewa tersebut, Thammabalkumara menegaskan bahawa: 1.

Waktu pagi - seri di muka (basuh muka)

2.

Waktu tengah hari - seri di dada (basahkan dada)

3.

Waktu petang - seri di kaki (basuh kaki sebelum tidur) Thaukabilabrahma mengerat lehernya sendiri di suatu meru dan disemadikan di Bukit Krailand pada hari pertama "Songkran" (Maha Songkran).Meninggalkan tujuh orang puterinya di keinderaan.Genap 365 hari salah seorang puterinya akan turun

5 ke dunia secara bergilir untuk mengunjungi pusaranya - bawa bersama pengiring, peralatan sembahyang dan makanan.Masyarakat Siam percaya bahawa tujuh puteri tersebut turun bergilir secara tetap, bersama kenderaan dan ramalan kejadian tertentu di dunia.Maha Songkran (13 April) yang melibatkan hari, puteri dan sebagainya.Siri Neng Buah

Jabatan Warisan Negara Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.(KeKKWa).
© 2012 labroda
Downloadic - infolari - Contact · Privacy Policy